Kelas Robotic Tiny Tachies
20 April 2026 | Aktiviti TerkiniSebuah program Kelas Robotic Tiny Tachies telah berjaya dianjurkan oleh NADI Pekan Kubu Gajah pada 19 April 2026 sebagai salah satu usaha memperkenalkan asas teknologi dan robotik kepada para pelajar.
Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan awal tentang konsep robotik, pengaturcaraan asas serta kemahiran berfikir secara logik dan kreatif. Melalui kelas ini, para peserta berpeluang untuk membina dan mengendalikan robot kecil (Tiny Tachies) di samping memahami fungsi setiap komponen dengan lebih jelas.
Selain itu, program ini turut bertujuan memupuk minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), di samping menggalakkan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan. Diharapkan program ini dapat melahirkan generasi muda yang celik teknologi, inovatif serta berdaya saing dalam menghadapi dunia digital masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: